top of page
Search

Belajar Bahasa Iban Senang Atau Susah?

  • Writer: Aspirasi SJB
    Aspirasi SJB
  • Mar 31, 2021
  • 1 min read

Apa yang ingin disampaikan ialah sesuatu bahasa itu mudah dikuasai jika ada penutur di sekeliling seseorang yang baru belajar. Selain itu, minat yang mendalam sememangnya memainkan peranan penting kerana ia mudah diingati jika kita mempunyai minat dan usaha untuk mengkajinya.


Apa yang paling penting ialah nada atau intonasi bunyi bahasa itu sendiri kerana ia juga memainkan peranan dimana kadang-kala kita sendiri tidak tahu bahawa penutur itu bukanlah kaum atau bangsa asal penutur sesuatu bahasa tersebut.


Dan terakhir adalah menerusi lagu. Lagu turut memainkan peranan penting untuk kita memahami dan menguasai sesuatu bahasa.


Tidak lupa juga, kita haruslah menguasai dengan baik bahasa mudah pertuturan harian. Barulah meningkat kepada level atau peringkat bahasa yang lebih mendalam dan spesifik seperti bahasa iban komunikasi dan penulisan serta karya kesasteraan iban. ☺️


-Saari SJB-

 
 
 

Comments


©2020 by SJ BORNEO. Proudly created with Wix.com

bottom of page