top of page
Search
Writer's pictureAspirasi SJB

Persaingan DC Dan MARVEL Dalam Dunia Komik Dan Layar Kaca.

Persaingan antara Marvel dan DC sebenarnya sudah bermula sejak lama dulu. Marvel dan DC dikenali sebagai sebuah syarikat komik yang telah menghasilkan watak-watak superhero yang terkenal seluruh dunia sehingga ke hari ini. Marvel dan DC bukan sahaja menghasilkan watak-watak superhero dalam komik, malah dalam dunia seni hiburan filem dan televisyen juga mereka turut mempunyai pengaruh kekuatan tersendiri sehingga membawa keuntungan yang besar terhadap syarikat mereka.


DC ditubuhkan lebih awal daripada Marvel dengan menggunakan nama National Allied pada tahun 1934. DC mula menerbitkan majalah komik mereka yang pertama bertajuk “More Fun Comics”. Beberapa tahun kemudian, barulah Marvel ditubuhkan pada tahun 1940 dengan menggunakan nama Timely Publications. Marvel juga telah menerbitkan komik pertama mereka yang bertajuk Marvel Mystery Comics dimana pada masa itu pengisian komik tersebut bukanlah tentang superhero kerana watak superhero Marvel belum diciptakan lagi.


Berbalik semula kepada DC, pada awalnya DC telah melahirkan watak watak seperti Green Arrow, Aquaman, Superboy, Spectre dan Johnny Qouick terlebih dahulu. Kemudiannya barulah DC menciptakan watak superhero yang diminati oleh ramai orang iaitu Superman dan Batman. Nama Superman dan Batman mula dikenali ramai apabila watak mereka berdua muncul menerusi komik masing-masing seperti Superman dalam komiknya yang bertajuk Action Comics yang diterbitkan pada tahun 1938, manakala Batman muncul dalam Detective Comics pada tahun 1939.


Penerbitan komik tersebut mendapat sambutan yang tinggi sehingga Marvel berasa iri hati dan tidak mahu kalah. Oleh itu, mereka telah menerbitkkan komik mereka yang bertajuk Marvel Mystery Comics bagi menyaingi Detective Comics. Daripada situlah mereka telah menciptakan superhero Marvel lain yang pertama iaitu Captain America dan lain-lain lagi untuk menyaingi Action Comics. Namun begitu, kemunculan superhero Marvel ini masih tidak dapat mengalahkan populariti yang sedang diraih oleh superhero DC.


Pada tahun 1946, National Allied menukarkan nama mereka kepada National Comics sehinggalah nama mereka bertukar menjadi DC Comics pada tahun 1977. Penukaran nama turut diikuti oleh Marvel dimana apada awalnya menggunakan nama Timely Publications telah menukarkan nama kepada Atlas Comics pada tahun 1950an sehinggalah bertukar menjadi Marvel Comics pada tahun 1961.

Persaingan antara Marvel dan DC tetap berterusan apabila DC mencipta watak superhero seperti Wonder Woman, The Flash, dan Green Lantern untuk bersama Batman, Superman, Aquaman dan Green Arrow menaikkan populariti superhero DC. Kesemua superhero DC yang memiliki kekuatan berbeza tersebut digabungkan dalam sebuah kumpulan superhero yang diberi nama Justice League pada tahun 1960. Kemunculan Justice League menyebabkan Marvel tetap iri hati lalu mencipta kumpulan Fantastic Four yang beranggotakan Mr. Fantastic, Invisible Girl, Human Torch, dan The Thing pada tahun 1961. Kegigihan Marvel untuk menyaingi DC mula membuahkan hasil apabila mendapat respons yang positif daripada masyarakat.


DC mendapati bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan populariti dengan memperluaskan lagi watak-watak Superhero ke live action dengan kemunculan filem Superman pada tahun 1978 dan filem Batman pada tahun 1989. Marvel turut merasa tercabar akan idea inovasi yang dibawa oleh DC. Oleh itu Marvel telah tidak mahu kalah dengan membuat live action yang menampilkan superhero Marvel seperti Spider-Man, Fantastic Four, Captain America dan Hulk tetapi tidak mendapat sambutan.


Kejayaan DC tidak bertahan lama apabila filem “Batman & Robin” yang ditayangkan pada tahun 1997 mendapatkan kritikan negatif daripada penonton. Oleh itu, DC telah mengambil keputusan untuk menyepikan diri dan membiarkan Marvel meraih populariti untuk sementara. Tercabar melihat Marvel mula popular, DC pun kembali semula untuk membersihkan nama Batman dengan menayangkan filem Batman yang bertajuk “The Dark Knight”. Filem tersebut mendapat sambutan yang hangat dan mengembalikan semula semangat DC untuk terus bersaing.


Marvel mula menyusun strategi dengan membawa nama superhero-superhero seperti Iron Man, Hulk, Thor, dan Captain America ke dunia dalam filem. Jika dulu DC menggabungkan watak-watak superheronya dalam Justice League, maka Marvel pula mengambil keputusan untuk menggabungkan superhero mereka dalam filem “The Avengers” yang kini terkenal dan menjadi bualan hangat masyarakat, dan diikuti oleh “Justice League”. Dari sinilah Marvel Cinematic Universe tercipta. DC berasa kagum dengan kejayaan Marvel menerusi Marvel Cinematic Universe, maka DC pula muncul dengan DC Extended Universe yang menampilkan semula Superman dan Batman sebagai watak superhero terpenting dalam DC Extended Universe.


Jika awal dulu Marvel yang mengikut jejak DC, kini DC pula yang mengikut jejak Marvel. Persaingan antara Marvel dan DC berterusan sehingga sekarang seolah-olah dunia berputar terbalik. Kadang-kadang Marvel yang mendahului DC, kadang-kadang DC pula mendahului Marvel. Persaingan ini dilihat bagai tiada pengakhirannya kerana masing-masing berebut untuk menempah nama di mata dunia.

Rujukan :




4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page