top of page
Search
Writer's pictureAspirasi SJB

Selamat Hari Deepavali

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2021


Perayaan Deepavali atau Diwali merupakan suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu yang menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan ataupun secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.


Perayaan ini juga tidak terkecuali dari pantang larang. Antaranya ialah perayaan ini tidak boleh disambut oleh keluarga Hindu yang telah kehilangan anggota keluarga dalam masa terdekat. Mereka tidak boleh ada sebarang majlis keramaian sebagai tanda menghormati anggota keluarga yang telah meninggal. Selain itu, dua atau tiga hari sebelum perayaan Deepavali ini.. anggota keluarga akan mengadakan majlis sembahyang khas bagi memohon restu.


Kesimpulannya, perayaan ini telah mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Malah, aktiviti kunjung mengunjung yang diadakan mampu memupuk keharmornian pelbagai kaum, agama dan bangsa.


1 view0 comments

Comments


bottom of page