[INFO EXPRESS BERSAMA SJB]
APA ITU PESTA KAAMATAN?
Pesta Kaamatan atau lebih dikenali dengan Magavau merupakan perayaan tradisi kaum Kadazan Dusun untuk menghormati semangat padi. Ia diadakan selepas selesai proses menuai padi. Tujuannya adalah untuk mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.
Magavau mula diiktiraf menjadi perayaan yang termasuk dalam senarai cuti umum di Malaysia pada tahun 1960 oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens; Ketua Menteri Sabah yang pertama setelah dilulus dan dipersetujui Majlis Undangan Kerajaan Koloni.
Upacara yang paling popular dalam merayakan pesta ini adalah tarian sumazau. Namun terdapar juga upacara lain yang sentiasa menjadi kemestian sepanjang sambutan pesta ini, seperti sugandoi, pertunjukan bina badan, unduk ngadau dan segala jenis kesenian dan kraftangan serta pertandingan memukuk gong. Untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan ini, sukan rakyat juga dilaksanakan dengan meriah sekali.
Seperti perayaan Gawai yang terkenal dengan air tuak, perayaan Magavau ini juga terkenal dengan hidangan kinomolnya. Ia juga merupakan sejenis arak tradisional yang disediakan dengan cara penapaian beras (nasi) atau ubi kayu yang memakan masa selama berminggu-minggu di dalam tempayan. Cara untuk meminum kinomol ini adalah dengan menggunakan sumbiling (sebatang buluh kecil) yang disedut ke dalam tempayan besar atau dengan menggunakan singgarung iaitu gelas khas yang diperbuat daripada buluh.
Comments