top of page
Search

Hidup

  • Writer: Aspirasi SJB
    Aspirasi SJB
  • May 16, 2021
  • 1 min read

HIDUP

(Oleh Pura SJB)


Dada tersembam ke lembah bumi.

Paras jatuh melepasi kaki.

Budi yang tinggi sandaran diri,

Walau dicerca masih tak goncang amukan nurani.

Bangkit diri merentap bayang sendiri,

Karna dunia kini berbeza sisi.

Apa nak buat? Sudah resam insani.

Kuatkan diri!

Pasakkan kaki ke bumi;

Meraih mimpi, menuju pasti!

Kerna,

Perjalanan ini tak bererti sendiri.

Satu saat, ketemu sandaran pasti.

Itulah perjalanan meniti kini,

Yang terlindung dibalik susunan gigi.

Pahit dan perit tak siapa mahu ketahui.

Sekadar pendamping sendiri;

Agar tak lupa dek diri.

 
 
 

Comments


©2020 by SJ BORNEO. Proudly created with Wix.com

bottom of page