Apakah kisah disebalik nama Icarus dan Daedalus yang masih lagi diceritakan daripada generasi ke generasi yang baru sehingga ada masyarakat yang mengambil pengajaran daripada kisah mereka ini?
Icarus merupakan anak lelaki artisan kepada Daedalus manakala Daedalus pula seorang artisan yang amat berbakat dalam sesuatu pekerjaan. Kisah Icarus dan Daedalus dikenali sebagai kisah manusia terbang ataupun manusia bersayap dalam mitologi yunani. Secara ringkasnya, kisah ini berkisar tentang Daedalus iaitu ayah kepada Icarus yang diberi tanggungjawab oleh Raja Minos daripada Crete untuk membina sebuah sistem jalur yang rumit iaitu labirin di Knossos berhampiran dengan kawasan istana.
Tujuan Raja Minos meminta Daedalus membina labirin adalah untuk memenjarakan para Minotaur yakni mahluk yang bertubuhkan manusia dan berkepalakan haiwan banteng. Para Minotaur ini dipercayai hasil daripada hubungan terlarang isteri Raja Minos dengan seekor banteng. Tidak lama kemudian, Daedalus dan Icarus pula yang dipenjarakan oleh Raja Minos dalam labirin kerana Daedalus dianggap berkomplot dalam membantu musuhnya iaitu Theseus yakni pahlawan Yunani sekaligus raja Athena.
Meskipun dipenjara di labirin, Daedalus dan anaknya mampu bertahan hidup sambil mencari jalan untuk mengalahkan Minotaur. Semasa Daedalus berada dalam penjarakan di labirin, beliau berhasrat agar dapat bebas dan melepaskan diri daripada penjara di labirin tersebut. Pada suatu hari, Daedalus mendapati banyak bulu burung yang gugur berterbangan di udara. Hari demi hari, Daedalus telah mengumpulkan bulu-bulu burung yang berterbangan sehingga cukup untuk membuat dua pasang sayap. Kemudiannya, Daedalus melekatkan setiap bulu-bulu tersebut meggunakan lilin.
Setelah siap, Daedalus menyerahkan sepasang sayap kepada Icarus. Daedalus dan Icarus telah mengambil keputusan untuk membuat percubaan terbang menggunakan sayap tersebut. Namun begitu, Daedalus telah meninggalkan nasihat pesanan kepada Icarus sebelum mereka terbang membebaskan diri. Daedalus memberi nasihat kepada Icarus supaya tidak terbang terlalu tinggi atau rendah, tidak terlalu terbang dekat dengan laut dan paling penting tidak terbang terlalu dekat dengan matahari. Icarus mengiyakan nasihat ayahnya dan berasa tidak sabar untuk terbang buat pertama kalinya.
Percubaan terbang menggunakan sayap membuahkan hasil apabila Icarus dan Daedalus berjaya mengawal sayap tersebut di udara. Icarus dan Daedalus berasa amat gembira kerana dapat melepaskan diri daripada penjara labirin. Icarus merupakan insan yang paling gembira dapat menerbangkan dirinya menggunakan sayap mula telah terbang tinggi untuk mengetahui apa yang ada di ruang angkasa. Icarus mula lupa akan nasihat ayahnya agar tidak terbang terlalu tinggi terutama dekat dengan matahari. Disebabkan oleh sifat ingin tahunya tinggi, maka semakin lama, Icarus telah terbang terlalu tinggi sehingga sedar bahawa dirinya telah berada dekat dengan matahari.
Icarus mula menyedari akibatnya, bulu-bulu yang dilekatkan oleh ayahnya menggunakan lilin pada sayapnya mula mencair dan gugur sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Icarus terpaksa menggunakan kudratnya sendiri untuk mengepakkan tangannya agar dapat mengekalkan posisi dirinya di atas udara. Oleh kerana Icarus gagal mengawal ego dirinya, maka jatuhlah Icarus ke laut dan tenggelam. Deadalus tidak mampu berbuat apa-apa selain hanya menangisi nasib yang menimpa anaknya. Disebabkan peristiwa itu, laut tersebut telah dinamakan sebagai Laut Icaria yang kini berada di sebelah barat Pulau Samos.
Rujukan
3) Long, K. F., R. K. Obousy, A. C. Tziolas, A. Mann, R. Osborne, A. Presby, and M. Fogg. "PROJECT ICARUS: Son of Daedalus, Flying Closer to Another Star." arXiv preprint arXiv:1005.3833 (2010).
4) Peabody, Josephine Preston. "Icarus and Daedalus." Adventures for Readers (2015).
Yorumlar