top of page
Search

Sebelum Syawal

  • Writer: Aspirasi SJB
    Aspirasi SJB
  • May 14, 2021
  • 1 min read

SEBELUM SYAWAL

(Oleh: Pura SJB)


Sekali lagi syawal kali ini tertangguh dipenjara janji,

Walaupun begitu, sang ibu ayah tetap mahu anak-anak

merasai syawal nan indah;

Biarpun jiwa sendiri diselubungi resah.


Nyaring suara tangis si kecil memprotes; gambaran lelah.

Ibu ayah tebalkan muka sembunyi gelisah demi penuhi

Keperluan anak-anak tercinta.


Sabar tiket dari kunci amuk amarah.

Yang sabar memujuk tak sudah,

Yang baran hembus degusan hingga ke sudah.


Syawal berbaki beberapa waktu lagi.

Yang di kota tak dapat pulang ke desa,

Yang di desa sambung mengait rindu dari syawal yang sudah.


Entah bila semuanya bakal berubah;

Kembali pada letaknya seperti biasa.


Justeru;

Selamat hari raya buat semua,

Jangan lupa, jaga diri dan jaga tingkah.

 
 
 

ความคิดเห็น


©2020 by SJ BORNEO. Proudly created with Wix.com

bottom of page