[Selamat Hari Guru 2021]
"Biarku menjadi lilin.. Memberikan cahaya,menyinar kegelapan,walau terbakar diri terbakar, tak siapa yang kenal.. Menjadikan harapan..."
Itulah bait lirik lagu pengorbanan seorang guru yang. Takkan siapa mengerti raut wajah ini yang menyorong ilmu dipikul di bahu. Harinya dihabis bersama anak pelajar, malamnya bersengkang mata dan kadang tidak mampu dan sempat melihat anknya membesar.
Kini jasanya umpama debu dipandang ibu dan ayah, tika dia tegas dalam memberi kasih dan ilmu terdapat juga yang mencemuh peribadinya. Dialah guru malaikat bersayap di dunia.. Umpama mekar kuntuman melati dipagi hari tetap gagahkan diri menyorong harapan untuk mencurah bakti dan ilmu..
Senyumnya seribu makna, hatinya sungguh sempurna dan kadang jasadnya tiada berdaya untuk berjuang lagi, namun semangat yang mengangkat dirinya pergi mencurah bakti.
Bersama kaki dan tulang kering, bersama bot dan sampan, bersama motor lama nan tua.. Kemana sahaja insan dahagakan Ilmu guru pasti bertemu.
Oh guru, jasamu takkan kupandang sepi. Jika harini ada pensyarah,raja di tahtha, ilmuan agama, penguasa kota malahan manusia sempurna.. Ia bermula dari diri kami yang kau tempa berbajakan kasih nan manja ikhlas dihati.. Inilah kami berpijak hari ini.
Comments